Rumah Terbuka Aidilfitri PAS kawasan Kepong 2009  

Posted by dppkepong







BATU LIMA: PAS kawasan Kepong telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 di Batu Lima, Jalan Ipoh dekat sini pada hari sabtu bersamaan 17/10/2009 bersamaan 28 Syawal. Rumah Terbuka ini diadakan di sebuah restoran. Rumah Terbuka yang bermula pada pukul 2.00 petang itu telah dihadiri ramai orang. Antara menu yang dihidangkan kepada tetamu ialah rojak buah, bihun goreng, lemang, nasi impit, buah-buahan, cendol, teh tarik dan sebagainya.

Kehadiran Ustaz Haji Mohamad Nor Mohamad merangkap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Walaupun ada sedikit gangguan elektrik namun kunjungan tidak putus-putus tiba di rumah terbuka ini. Para petugas bertungkus lumus memastikan para tetamu dilayan dengan layanan yang terbaik.

Kehadiran Dr. Tan Seng Giaw merangkap Ahli Parlimen Kepong turut memeriahkan majlis ini walaupun kehadirannya sedikit lewat. Walaupun lambat para petugas tidak putus-putus memberikan khidmatnya yang terbaik.

Rumah Terbuka ini berakhir pada jam 5.30 petang. Rumah terbuka yang berjalan lebih tiga jam ini berjalan dengan penuh meriah. Terima Kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir di Rumah Terbuka PAS kawasan Kepong. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua petugas yang telah memberikan khidmat yang terbaik daripada yang terbaik.

This entry was posted on Monday, October 19, 2009 at 3:12 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment